Tabib Ismail Muhammad
Beliau adalah anak jati Yangoon (Ibu Negara Burma), berbangsa Pashan, satu-satunya minoriti Islam yang diiktiraf oleh kerajaan Yangoon. Semasa mudanya, beliau mempelajari rawatan herba tradisional warisan kaum Pashan. Setelah berkahwin dengan seorang warga Thailand, beliau berhijrah dan mendapat kerakyatan Thailand. Di Bangkok, beliau menjalankan perniagaan restoran, namun nalurinya sebagai pengamal rawatan tradisional memaksa beliau menarik diri dari dunia perniagaan. Beliau tanpa bertangguh terus menerjunkan diri dalam bidang rawatan tradisional berasaskan herba atas kesedaran untuk berkhidmat kepada masyarakat, berbekalkan ilmu perubatan yang diwarisi. Beliau berjaya membuka klinik sendiri di Bangkok dan berkhidmat kepada masyarakat selama 3 tahun. Dengan pengalaman luas membantu ribuan pesakit yang menghidapi segala macam penyakit, dan atas keyakinan ramuan herba beliau mampu menyelesaikan berbagai penyakit, beliau kini menumpukan perhatian untuk memperkenalkan Madu Herba 98 kepada masyarakat di seluruh dunia. Kini beliau sering berkunjung ke Malaysia dan Singapura, dalam usaha untuk mendapatkan pihak-pihak yang ingin membantu beliau memperkenalkan Madu Herba 98 kepada masyarakat umum.