MADU :
Khasiatnya Menurut AL-Qur'an dan Hadis
Selaras dengan perkembangan dunia yang semakin canggih, dunia perubatan juga semakin maju
berbanding dengan cara perubatan dahulu. Oleh itu rawatan-rawatan tertumpu kepada cara moden
di hospital-hospital yang cukup dengan segala kemudahan dan kepakaran. Namun begitu berubat
mengikut saranan al-Qur'an dan hadis masih tetap mengambil tempat di dalam kehidupan masyarakat Islam.
Menurut Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam setiap penyakit itu pasti ada ubatnya. Sabda Baginda :
Maksudnya : "Berubatlah, maka sesungguhnya Allah tidak meletakkan penyakit kecuali Allah
menyediakan baginya ubat, kecuali satu penyakit, iaitu tua"
( Hadis riwayat Abu Daud)
Beberapa kajian telah diusahakan yang tertumpu kepada bahan-bahan semulajadi daripada
tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan. Begitu juga dengan madu lebah kerana dalam al-Quran
sendiri telah menggariskan pelbagai pengajaran dan maklumat penjagaan diri daripada
pelbagai penyakit, maupun kesihatan jasad atau rohani agar kita dapat mengerjakan segala
perintah Allah dengan teratur.
Firman Allah dalam surah an-Nahl:
(Surah An-NAhl: 69).
Tafsirnya: "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu
yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam
warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang
demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan."
Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu
dan al-Qur'an, Baginda bersabda:
Maksudnya: "Ambillah / pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh
iaitu madu dan al-Qur'an."
(Hadis riwayat Ibnu Majah)
Daripada hadis tersebut ternyata madu mempunyai keistimewaan yang tersendiri dengan nilai-nilai
utama dalam ilmu kesihatan, yang mempunyai zat-zat besi dan vitamin yang kuat. Di samping itu
madu juga dianggap penting kerana memenuhi keperluan tubuh dan cepat memberi tenaga.
Mereka yang mengetahui akan khasiat madu akan menggunakannya secara rutin, hal ini bukan
hanya teori tetapi telah dibuktikan daripada beberapa kajian yang telah dilakukan di mana jika ianya
diamalkan setiap hari akan mencegah daripada pelbagai penyakit dan memberi tenaga yang cukup.
Di samping itu madu juga seringkali digunakan untuk sampingan sarapan pagi agar tenaga segera siap
digunakan dalam menjalankan kerja harian. Madu juga memiliki aroma enak yang meningkatkan
selera, sepertimana Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam juga mengamalkannya. Diperkuatkan dengan
hadis baginda yang berbunyi:
Maksudnya: "Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda:
"Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena
cubaan yang besar."
Di samping itu dengan memakan madu juga boleh menyembuhkan batuk-batuk yang menganggu
dan boleh mencegah daripada kekejangan pada otot tubuh khususnya pada bahagian kaki. Dalam
perubatan tradisional, madu telah dimanfaatkan untuk menahan luka-luka terbakar pada kulit. Jika
diusapkan madu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengat dan mencegah pembentukan
lepuh (melecur) dan cepat sekali menyembuhkan kawasan yang terbakar. Di samping itu banyak
lagi penyakit yang boleh sembuh misalnya hidung tersumbat, anak yang kencing malam dan sesuai
untuk kanak-kanak damit yang baru lahir.
Dalam al-Qur'an, hadis-hadis yang disebutkan dan amalan perubatan tradisional, madu mempunyai
keistimewaannya yang tersendiri. Adalah menjadi suatu amalan yang baik menjadikan madu
sebagai ubat dan penjagaan kesihatan.
sumber : tualangkedah.tripod.com/madu.htm
MENGAPA ANDA PERLU MENGAMALKAN MADU HUTAN ASLI
Anda sedia maklum Allah S.W.T. telah memberi kelebihan pada lebah dengan kekuasaannya mengeluarkan
madu asli dari perutnya memberi manfaat dan berkhasiat kepada setiap manusia menggunakannya.
Seperti firman Allah di dalam AL-Quran, Surah An-Nahl, Ayat 68-69 yang bermaksud: Dan
Tuhanmu mewahyukan kepada lebah:
"Hendaklah engkau membuat sarang di gunung-ganang, di pokok-pokok kayu dan juga bangunan-bangunan yang
didirikan oleh manusia. Kemudian makanlah daripada segala jenis bunga-bungaan dan buah-buahan yang engkau
suka, serta turutlah jalan-jalan peraturan Tuhanmu. Dengan itu akan keluarlah minuman (madu) yang berlainan warna
dari dalam badannya yang mengandungi penawar bagi manusia daripada berbagai-bagai penyakit. Sesungguhnya pada
(yang demikian itu ada tanda kemurahan Allah) bagi orang-orang yang mahu berfikir."
DARI HAD1S NABI. RIWAYAT MUSLIM:
Daripada Abu Said Al'Kudri r.a. katanya: "Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah S.A.W. lalu ia berkata,
"Saudaraku sakit perut sehingga dia buang-buang air", Sabda Rasulullah SAW. "Minumlah madu kepadanya":
Lalu diminumkan madu kepadanya. Kemudian dia datang balik kepada Rasulullah S.A.W lalu katanya " Telah ku
minumkan madu kepadanya tetapi sakitnya bertambah", Rasulullah S.A.W pula menyuruhnya meminumkan
madu supaya berulang tiga kali. Dia datang lagi untuk kali keempat. Nabi S.A.W. terus menyuruhnya supaya
meminum madu, Kata orang itu, "Aku telah menyuruhnya meminumnya Ya Rasulullah, namun sakitnya
bertambah juga". Sabda Rasulullah S.A.W. "Allah Maha Besar, perut saudaramu itulah yang dusta". Lalu
diminumnya pula madu, maka sembuhlah saudaranya".
KHASIAT MADU HUTAN ASLI YANG TELAH TERBUKTI
A) MENGEMBIRAKAN KEKUATAN TUBUH
1. Memulih. menyegar dan menambah tenaga tubuh badan.
2. Memulihkan sel-sel urat besar.
3. Menjaga dan mengimbangi kekuatan badan.
4. Merangsang tenaga batin.
B) MEMBERSIH DAN MENAMBAH DARAH.
1. Memulihkan kembali bekuan darah dan membetulkan pengaliran darah.
2. Membersihkan lapisan darah dan darah menjadi bersih.
3. Mengimbangi kandungan lemak dan membuat janlung aktif.
4. Menghilangkan rasa kebas-kebas dan mengurangkan tekanan darah tinggi.
KELEBIHAN
1. BAYI/KANAK-KANAK:
a) Membantu pertumbuhan janin dan bayi dari segi fizikal dan mental.
b) Menyembuh dengan segera cirit-birit.
c) Mengelak daripada cacing perosak dalam perut.
d) Mengeluarkan lendir dalam badan bayi dan menguatkan minda kanak-kanak.
2. REMAJA:
Membantu menyempurnakan kesihatan berkekalan.
3. WANITA:
a) Menambah kejelitaan rupa paras yang asli dan tubuh badan yang menarik.
b) Mempunyai kulit yang halus, bersih dan berseri-seri.
4. LELAKI:
a) Tampan dengan kekuatan asli dan kelihatan lebih muda.
b) Menguatkan tenaga batin.
5. PENGIDAP KENCING MANIS (DIABETIS):
Menstabilkan kandungan gula dala darah. (Gantikan gula kepada madu lebah)
6. UNTUK SEMUA:
a) Mengelak dari kegemukan yang tidak terkawal.
b) Memudahkan proses penghadapan dan lawas buang air.
c) Memulihkan penyakit berpanjangan.
d) Menguatkan jantung, buah pinggang dan badan.
e) Menyembuhkan penyakit dalam perut.
f) Mempercepatkan luka atau kesan pembedahan sembuh.
g) Memulihkan batuk dan lelah.
h) Menghindarkan badan letih dan lesu.
i) Kurangkan kesakitan bila datang haid.
j) Baik untuk perempuan bersalin.
k) Membantu/menerangkan pemandangan.
CARA MENGGUNAKANNYA
1. Tukar atau kurangkan penggunaan gula kepada madu dalam penyediaan minuman harian.
2. Campurkan sedikit madu ke dalam air suam sebagai minuman.
3. Campurkan madu di dalam segala persediaan membuat kuih/masakan. Keharuman madu
akan menawan selera anda.
4. Jika batuk atau lelah, minum satu atau dua sudu madu. Jangan dicampur dengan ais.
(Berhati-hati jangan tersedak)
5. Untuk memulihkan tenaga, campurkan telur ayam kampung dengan sedikit madu. Dikacau
kemudian diminum.
6. Campurkan sedikit madu ke dalam minuman kanak-kanak, kanak-kanak akan lena dengan
nyenyak.
7. Minumlah sesudu besar madu bersama segelas air suam setiap pagi untuk kesegaran
sepanjang hari.
8. Penyakit mata, Titiskan sedikit madu pada mata.
9. Sapu pada kesan gigitan atau sengatan serangga berbisa.
"MIRACLE ANTIBI0TIK"
KEAJAIBAN MADU SANG LEBAH
Setiap kali penggunaan Madu Lebah, mulakan dengan Bismillah......
disambung dengan Solawat ke atas Nabi Junjungan 3 kali. Gunakan
dengan penuh yakln.
SAPULAH MADU HUTAN ASLI JIKA ANDA
a) Kemalangan ke atas luka; memberhentikan darah dengan segera
dan luka terlindung dari kuman.
b) Kelecuran akibat api, air panas, ekzos motor, minyak panas dan
lain-lain.
c) Kudis, kurap dan lain-lain penyakit KULIT.
d) Sakit mata - Titiskan madu lebah dalam mata.
MENAMBAHKAN KELAZATAN MAKANAN
a) Makan bersama roti / biskut.
b) Bahan membuat kuih / kek.
c) Goreng atau panggang ayam.
KHASIAT DAN KEBAIKAN MADU LEBAH ASLI
A) IBU MENGANDUNG
1. Menambahkan tenaga untuk ketahanan diri semasa mengandung
dan semasa menghadapi saat kelahiran cahaya mata.
2. Mencegah dari berbagai penyakit seperti kencing manis, darah tinggi,
kencing kotor, batuk selsema, lelah dan lain-lain.
B) ANAK DALAM KANDUNGAN
1. Mencegah dari pelbagai penyakit kerana kandungan antibiotik dalam
madu dapat membunuh kuman-kuman cahaya mata.
2. Kandungan zat galian dalam madu boleh membantu membina dan
menguatkan janin.
3. Kulit yang bersih dan sihat dengan terdapatnya vitamin C yang penuh
kuasa dalam madu asli.
4. Membantu secara khusus pertumbuhan fizikal dan mental janin.
5. Penyakit Hepatitis B yang biasa menyerang bayi dapat dihindar dengan amalan madu oleh para
ibu yang mengandung.
C) BAGI BAYI YANG BARU LAHIR
1. Meneruskan pemberian madu asli pada bayi yang baru lahir dapat
mengeluarkan secara positif lendir yang mungkin terminum semasa
bayi itu dilahirkan yang merupakan punca lelah jika tidak habis dikeluarkan.
2. Membersihkan perut bayi dari najis gagak yang menyelaputi dinding
perut. Proses penghadaman dapat berjalan dengan sempurna menghindar dari sakit perut.
3. Bayi membesar dengan sempurna dan sihat.
4. Mengelak dari kembung perut bayi.
D) BAGI IBU SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
1. Amalkan madu bersama jamu dan telur untuk membina darah serta
mempercepatkan proses penyembuhan luka dalam perul atau rahim.
2. Membantu proses penghadaman dan lawas buang air.
UJIAN KEASLIAN MADU LEBAH
1. Ambil mancis api, kemudian bakar madu lebah tersebut. Madu Asli akan membuat mancis akan terus menyala.
2. Titiskan madu di alas kertas. Madu asli tidak akan tiris.
3. Ambil sesudu madu, kemudian masukkan ke dalam air putih. Madu Asli lebih tumpat daripada air.
4. Titiskan madu pada kuku. Madu Asli akan memakan masa untuk menitik.
5. Masukkan madu ke dalam plastic aiskrim. Kemudian simpan di dalam freezer. Madu Asli tidak
akan beku atau keras. (Madu kenyal seperti agar-agar/jeli dan cair selepas 10 minit di keluarkan dari freezer)
6. Ambil 2 sudu besar madu lebah bancurkan sebiji kuning telur
kuning telur akan masak.
BEE POLAN
KHASIAT VITAMIN "DEBUNGA" ADALAH MAKANAN YANG
BOLEH MENCEGAH DAN MENYEMBUHKAN PENYAKIT SEPERTI:-
- Mengurangkan paras kolesterol (lemak).
- Mengurangkan tekanan darah tinggi dan rendah.
- Mengurangkan kemungkinan serangan sakit jantung.
- Mengurangkan penyakit lelah (asthma) dan sakit pembuluh darah (bronchitis).
- Membantu lelaki yang hilang tenaga lelaki.
- Mempercepatkan kesembuhan luka-luka.
Cara makan: Campur 1/2 sudu kecil Bee Pollen dengan madu dan minum 1 kali sekali setiap pagi.
Perhatian: Jangan disimpan daiam peti sejuk.
https://members.tripod.com/rotibermadu/madu.htm